wa-wa

wa-wa

Doa Tahajjud

7mo ago
SOURCE  

Tags

Description

Solat Tahajjud merupakan sembahyang sunat yang dilakukan setelah terjaga dari tidur pada waktu malam. Dilakukan selepas solat Isyak sehingga terbit fajar, tetapi waktu afdal ialah 1/3 malam yang terakhir. Sekurang-kurangnya 2 rakaat satu malam atau beberapa rakaat mengikut kemampuan sama ada bersendirian atau berjemaah.( tidak terbatas, mulai dari dua rakaat, empat rakaat atau lebih) Cara pelaksanaan solat tahajjud sama dengan cara pelaksanaan solat fardhu, baik gerakan maupun bacaannya. Perbezaannya hanyalah pada niat. Niat Lafaz niat ialah أُصَلِّي سُنَّةَ التَهَجُّدِ رَكْعَتَيْنِ لِلَّهِ تَعَالَى Maksud: Sahaja aku solat sunat tahajud dua rakaat kerana Allah taala. Sebenarnya tidak ada bacaan doa tertentu yang dikerjakan setelah solat tahajjud. Diriwayatkan hadith dari Taus mendengar ibnu Abbas (r.a) berkata: Adapun Nabi (s.a.w) ketika berdiri (i.e. bersolat) dari malam bersolat tahajud membaca (atau berdoa): 'Allahumma lakal hamdu anta qaimus-samawatil-ardi wa-man fihin; wa-lakal-hamdu lakal-mulkus-samawati wal-ardi wa-man fihin; wa-lakal hamdu nurus-samawati wal-ardi; wa-lakal hamdu antal-haqqu wa-wa'dukal-haqqu, wa-liqauka haqqu; wa-qaulukal-haqqu, wal-jannatu haqqun; wan-narau haqqun, wan-nabiyuna haqqun, wa-Muhammadun sallalahu alahi wa-salam haqqun, was-sa'atu haqqun. Allahumma laka aslamtu wa-bika amantu wa-'alaika tawakkaltu, wa-ilaika anabtu, wa-bika khasamtu, wa-ilaka hakamtu, faghfirli ma qaddamtu wa-ma akhartu wa-ma asrartu wa-ma 'alantu; antal muqaddimu wa-antal-muakhiru, lai-ilaha illa anta (au) la-ilaha ghairuka.'