stadium nasional

stadium nasional

Pelancaran Proton Preve (Full)

1y ago
SOURCE  

Description

SERI KEMBANGAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak hari ini melancarkan model kereta nasional terbaharu yang dikenali dengan nama Preve' di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC) di sini. Nama Preve' yang diambil daripada perkataan Inggeris Pray-Vay yang membawa maksud membuktikan atau menawarkan bukti merupakan impian proton untuk menawarkan kenderaan nasional yang menepati citarasa pasaran semasa. Kereta sedan Preve' menawarkan tiga variasi iaitu Premium berkapasiti enjin 1.6 CFE yang mempunyai 7 kelajuan ProTronic CTV manakala dua variasi yang lain adalah Executive yang dilengkapi dengan transmisi 6 kelajuan CVT dan 5 kelajuan transmisi manual yang keduanya adalah menggunakan enjin jenis IAFM. Proton boleh berbangga dengan model Preve' ini yang telah dibangunkan dalam tempoh 22 bulan yang menelan kos kira-kira RM540juta. Preve' boleh didapati di semua bilik pameran Proton terdekat dengan harga atas jalan RM72,990 bagi variasi Premium manakala varian Executive CVT pula pada harga RM62,990 dan RM59,990 bagi varian manual. Semua variasi Preve' didatangkan dengan lima tahun atau 150,000km jaminan kilang, yang mana terdahulu. Hadir sama isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan penasihat Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamed. Proton Holdings Berhad telah menerima 1,200 unit tempahan bagi model Preve' sepanjang pra pelancaran model itu pada 14 hingga 18 Mac lalu di Pameran Automotif Proton 'Power of 1' yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.