Konvensyen Fiqh Ummah Promo Video

1y ago
SOURCE  

Description

Penghayatan terhadap Islam semakin dirasai kini dengan wujudnya pelbagai saluran media dan bahan-bahan yang berorientasikan Islam. Walau bagaimanapun, berlaku kekeliruan di kalangan umat Islam tentang pendekatan yang terbaik dalam menjalani kehidupan sebagai seorang muslim. Oleh kerana itu, satu usaha untuk mengumpulkan pakar-pakar agama (ilmuan) supaya mereka dapat memberi panduan yang komprehensif dan mapan perlu dilakukan. Melalui Konvensyen Fiqh Ummah 2012 ini, panduan yang disediakan oleh mereka dapat disebarluaskan kepada masyarakat. Objektif 1) Mendedahkan masyarakat kepada pendekatan sederhana (wasatiyyah) dalam kehidupan seorang muslim dari segala aspek. 2) Memberikan garis panduan asas dan menyeluruh kepada masyarakat dalam beragama. 3) Menjadikan program ini platform kepada masyarakat untuk berhubung langsung dengan para ilmuan. Kini, Konvensyen Fiqh Ummah menjengah ke Johor Bharu, di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai pada 7 & 8 Julai 2012. Menampilkan 20 asatizah dan daei yang bakal mengupas tajuk-tajuk hangat lagi terkini yang akan dihuraikan dengan pendekatan wasatiy dan hikmah. Daftar segera di www.k-fiqh.com dan layari FACEBOOK.Com/kfiqh untuk maklumat semasa dan terkini. Terbuka juga untuk peserta dari Singapura dan Indonesia!