mongolia

mongolia

Jarak penglihatan hanya 10 meter

7h ago
SOURCE  

Description

Di Mongolia, ribut pasir menyebabkan jarak penglihatan berkurangan sehingga hanya 10 meter. Tiupan angin kencang menyebabkan pasir menyelubungi ruang udara, setinggi paras seratus meter. Ribut melanda selama lebih 40 minit. Polis di sempadan Ulanqab menasihati penduduk supaya menutup tingkap dan pintu sebelum keluar rumah. Mereka juga digesa mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan haiwan ternakan. Tiada kecederaan dilaporkan. Ribut pasir sering melanda bahagian utara dan barat laut China. Menyebabkan kerosakan teruk pada struktur bangunan, menjejaskan bekalan elektrik dan membahayakan ternakan.