imam khomeini

imam khomeini

Imam Khomeini - Surat Kepada Gorbachev dan Fatwa Salman Rushdie (Bahasa Malaysia)

3d ago
SOURCE  

Description

Petikan daripada filem Ruhullah terbitan Al Manar TV Hizbullah. Video ini memaparkan secara ringkas mengenai sebuah kejadian yang amat popular di dalam sejarah politik dunia moden, iaitu kiriman surat Almarhum Ayatullah Sayyed Ruhullah Musawi Al-Khomeini kepada pemimpin negara Komunis Soviet Union, Mikhail Gorbachev pada tanggal 4 Januari 1989. Dalam surat tersebut Almarhum Imam Khomeini memberikan peringatan awal kepada Gorbachev mengenai permulaan kepada era kejatuhan rejim komunis Soviet Russia dan menyerunya agar mengkaji dan juga kembali kepada Islam. Setahun selepas itu, pada Januari 1990, era kejatuhan itu bermula dengan berpisah beberapa buah negara daripada Soviet dan kejatuhan itu akhirnya menjadi lengkap pada Disember 1991. Juga dipaparkan dalam video ini, fatwa Almarhum Imam Khomeini kepada penulis buku kontroversi, The Satanic Verses (Ayat-Ayat Syaitan), Salman Rushdie.