china

china

Operasi menyelamat diteruskan

32m ago
SOURCE  

Description

Operasi mencari dan menyelamat, SAR empat individu termasuk tiga pelancong asing yang hilang di perairan Kudat sejak Isnin lalu kini masuk hari ketiga. Kawasan pencarian diperluaskan kepada 3,600 batu nautika berbanding 750 batu nautika, semalam. Operasi membabitkan lapan aset Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Pasukan Polis Marin itu akan diperluaskan ke kawasan pencarian baharu. Mangsa yang hilang adalah warga Sepanyol dikenali sebagai David Hernandes Gasulla, 29 tahun dan isterinya, Martha Miguel. Selain itu, seorang rakyat China, Tommy Lam Wai Yin, 44 tahun dan seorang wanita warga tempatan dikenali sebagai Ella, 23 tahun, turut dilaporkan hilang ketika mereka dalam perjalanan pulang dari Pulau Balambangan ke resort di Tanjung Simpang Mengayau. Untuk perkembangan lanjut, kita bersama Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Zubil Mat Som.